KESINAMBUNGAN PERHIMPUNAN WARIS

Wednesday, February 10, 2010

KESINAMBUNGAN PERHIMPUNAN WARIS HJ MOHD NOOR

Menjelang perhimpunan waris Hj Mohd Noor kedua pada 290510 di Costa Resort, Port Dickson ini, sudah kedengaran desas desus dari para warikh warikh tua tentang usia masa depan perhimpunan ini. Ini oleh kerana sehingga sekarang perhimpunan ini wujud atas sentimen nostalgia para para warikh tua sahaja. Maka timbul lah kesedaran untuk menyediakan orang orang muda professional di kalangan warikh untuk meneruskan kesinambungan perhimpunan ini.

Orang muda tak melangkah dengan nostalgia. Nostalgia pada mereka membuang masa sahaja, tak nampak pekdah nya untuk masa depan mereka, walau macam mana pun kita tekankan penting nya menyambung silaturrahim antara saudara. Tenaga yang menggerakkan serba serbi dalam dunia sekarang ialah duit. Kalau dapat kita hubung kaitkan aktiviti perhimpunan ini dengan peningkatan ekonomi anak anak muda ini, maka InsyaAllah kesinambungan perhimpunan waris ini tidak perlu kita risaukan lagi.

Wujud nya persatuan clan atau kongsi orang orang cina yang berhijrah dari tanah besar mereka ke merata ceruk dunia adalah diatas kesedaran menjaga dan memelihara kepentingan adat dan semangat kental mereka yang menentukan survival hidup mereka di perantauan. Keseluruhan kejayaan korporat korporat gergasi mereka di seluruh dunia sebenar nya adalah berteraskan persatuan clan atau kongsi ini. Ramai diantara classmate cina saya di kolej perubatan tidak mengambil biasiswa kerajaan untuk mengelakkan national service. Ini oleh kerana persatuan clan atau kongsi mereka menyediakan pinjaman yang sudah tentu di bayar balik untuk kemudahan ahli keluarga yang lain.

Saudara kita dari seberang, orang orang Mandailing, telah membuktikan Melayu mampu bersaing dengan orang cina dalam aktiviti peniagaan perlombongan di Perak dan Selangor. Mereka boleh bermegah dengan Semangat Mandailing Sekental Gordang Sembilan dan marga marga mereka yang terkenal ialah Nasution, Lubis, Harahap, Batu Bara, Siregar dsb.

Kelangsungan dari fakta fakta di atas, adalah di sarankan keluarga Hj Mohd Noor dari Rembau dan Kuala Pilah mengembelingkan usaha dalam aktiviti perniagaan yang rupa bentuknya kita fikirkan bersama.

Followers